3 Teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Penggunaan
robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini
kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan
berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh
dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan
beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia. Teknologi robot
ini dicipta untuk membantu manusia dalam pekerjaan harian. Keterbatasan yang
terjadi di zaman pandemik kini ternyata dapat melahirkan berbagai kreativiti.
Di antaranya inovasi dalam menyajikan minuman, inovasi itu dapat dilakukan
dengan menggunakan teknologi yang canggih maupun teknologi sederhana. Seperti
contoh robot menjadi pelayan di restoran. Antara restoran yang menggunakan
robot sebagai pelayan ialah Johny’s dan Black Canyon. Contoh robot yang
digunakan di restoran seperti di gambar 1 di bawah.
Keselamatan Siber (Cybersecurity)
Keselamatan siber ialah amalan mempertahankan komputer, pelayan, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan berniat jahat. Ia juga dikenali sebagai keselamatan teknologi maklumat atau keselamatan maklumat elektronik. Istilah ini digunakan dalam pelbagai konteks, daripada perniagaan hingga pengkomputeran mudah alih, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori biasa. Keselamatan siber merujuk kepada kaedah pencegahan yang digunakan untuk melindungi maklumat daripada dicuri, dikompromi atau diserang. Ia memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod jahat yang lain. Strategi keselamatan siber termasuk pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. Sekuriti siber penting untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0. Pengguna dan pelanggan mementingkan privasi data mereka dijaga oleh sesebuah organisasi. Apabila data yang banyak disimpan dan boleh mudah untuk diakses, ianya cenderung untuk digodam dan data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of Things)
Ia
bermaksud sebagai satu rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri,
yang membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia menggabungkan
pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan
teknologi automasi. Berbanding manusia, mesin pintar yang terhubung dapat
mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten. Sebagai
contoh peti ais pintar. Kebiasaanya kita haruslah membuka peti jika ingin
melihat apa yang dalam. Tetapi dengan adanya peti sejuk pintar ini, kitab oleh
tahu isi kandungan peti tanpa buka pintunya. Contoh peti pintar adalah dari
keluaran Syarikat LG ada di Gambar 2 di bawah.
Comments
Post a Comment