Cabaran Revolusi Industry 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia
Dalam mencapai Revolusi Industri 4.0 bagi sesebuah negara bukan senang. Revolusi Industri 4.0 merupakan satu visi pada masa hadapan dan tentunya berdepan dengan cabaran. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat. Kewujudan Revolusi Industri 4.0 tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat. Cabaran yang pertama ialah kekurangan kemahiran tenaga mahir. Dalam usaha melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yan...
Comments
Post a Comment