Cabaran Revolusi Industry 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia
Dalam mencapai Revolusi Industri 4.0 bagi sesebuah negara bukan senang. Revolusi Industri 4.0 merupakan satu visi pada masa hadapan dan tentunya berdepan dengan cabaran. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat.
Kewujudan Revolusi Industri 4.0 tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat.
Cabaran yang pertama ialah kekurangan kemahiran tenaga mahir. Dalam usaha melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Tinjauan daripada Wold Economic Forum mendapati 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam menyesuaikan diri dengan teknologi industry yang baharu.
Cabaran yang kedua ialah ancaman kepada keselamatan siber. Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman kepada jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Of Things (IOT) yang mengintegrasikan anatara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber. Manakala industri industri pula sentiasa berhadapan dengan isu cetak rompak yang dilihat tiada berpenghujung. Tambahan pula pada masa kini dengan revolusi baru seperti Internet of Thing (IOT) yang memebuka ruang dan peluang kepada penggodam untuk melakukan jenayah seperti mencuri data-data filem di dalam persekitaran virtual. Selain itu juga, kewujudan pelbagai platform pasaran baru seperti streaming dan tik tok memebuka lebih banyak kelemahan di dalam jaringan digital.
Cabaran yang ketiga ialah kesukaran
penyelarasan organisasi. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Accenture,
dikatakan dalam masa kurang 5 tahun, semua jenis perniagaan terutama berkaitan
dengan sektor automasi, pembuatan dan digital harus memiliki strategi digital
yang matang untuk beroperasi dengan baik seperti yang dilakukan oleh syarikat
Tesla pada masa ini. Selain itu, kewujudan Industri 4.0 akan memperkenalkan
penggunaan canggih dalam proses perkilangan di sesebuah syarikat. Kepakaran,
pengalaman dan masa menjadi perkara penting bagi sesebuah syarikat dalam
menyesuaikan sistem produksi dengan kehadiran teknolgi baharu agar menjamin
produktiviti yang berterusan.
Comments
Post a Comment