Posts

Kesimpulan

  Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan komputer, taraf hidup kebanyakan masyarakat di seluruh dunia telah bertambah baik. Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada Industri 4.0 ini berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat termasuklah penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Cabaran Revolusi Industry 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia

              Dalam mencapai Revolusi Industri 4.0 bagi sesebuah negara bukan senang. Revolusi Industri 4.0 merupakan satu visi pada masa hadapan dan tentunya berdepan dengan cabaran. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat.           Kewujudan Revolusi Industri 4.0 tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat.           Cabaran yang pertama ialah kekurangan kemahiran tenaga mahir. Dalam usaha melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yan...

Negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0.

Image
a)     Jepun Negara Jepun memonopoli kedudukan yang nombor satu sebagai salah satu negara terkemuka ‘WORLD ECONOMIC FORUM’ (WEF) dengan struktur pengeluaran semasanya. Ia adalah negara pemain yang kuat dalam pembuatan, produktiviti dan pengeluaran. Sebaliknya, Jepun menghadapi banyak cabaran masyarakat, seperti peningkatan populasi penuaan. Industri 4.0 boleh memberikan penyelesaiannya. Jepun juga sudah pun mempopularkan idea ‘SOCIETY 5.0’, yang bertujuan untuk menyelesaikan cabaran dengan melaksanakan teknologi Industri 4.0. Mereka membina idea mereka berdasarkan idea “MONOZUKURI” yang merujuk kepada etika kerja dan kemahiran Jepun dalam pembuatan.   b)     Switzerland           Negara Switzerland berada di kedudukan yang baik dengan keadaan pengeluaran semasa dan masa hadapan. Ia menduduki tempat keempat untuk struktur dan ketiga sebagai pemandu pada sistem penarafan ‘WORLD ECONOMIC FORUM’ (WEF)....

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Baharu Revolusi Industri (IR 4.0)

Image
 

Fungsi teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

    Fungsi 3 teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)     Teknologi Baharu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)   Fungsi   Robotik (Robotics)     ·        Berfungsi dalam melakukan tugas-tugas yang rumit disamping mampu meningkatkan kualiti setiap produk dan produktiviti (Chu, Jung, Lim, & Hong,2013) ·        Memahami arahan dan bertindak mengikut tugasan yang diberikan ·        Berfungsi dalam mengendalikan tugas-tugas yang rumit sehingga tidak mampu dilakukan oleh tenaga     Keselamatan Siber (Cybersecurity)     ·        Mengekalkan dan mencegah penyalahgunaan akses dan penggunaan data dalam sistem teknologi maklumat daripada seseorang yang tidak mempunyai hak untuk mengakses atau ...

3 Teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Image
     Robotik (Robotics)       Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia. Teknologi robot ini dicipta untuk membantu manusia dalam pekerjaan harian. Keterbatasan yang terjadi di zaman pandemik kini ternyata dapat melahirkan berbagai kreativiti. Di antaranya inovasi dalam menyajikan minuman, inovasi itu dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi yang canggih maupun teknologi sederhana. Seperti contoh robot menjadi pelayan di restoran. Antara restoran yang menggunakan robot sebagai pelayan ialah Johny’s dan Black Canyon. Contoh robot yang digunakan di restoran seperti di gambar 1 di bawah. Gambar 1: Robot Pelayan ...

Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)?

Image
           Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi entiti bebas yang akan mengumpul data dan menganalisa.           Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti maksud yang mudah difahami, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi “kawan” yang akan menguruskan hal eh...