Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)?

 

        Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi entiti bebas yang akan mengumpul data dan menganalisa.

          Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti maksud yang mudah difahami, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi “kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

          Untuk merealisasikan revolusi ini, terdapat 9 tonggak utama dalam membangunkan teknologi ke arah pembaharuan dan lebih pintar. Di dalam zaman ini, segala-galanya boleh diterjemahkan sebagai teknologi pintar. Sebagai contohnya, ‘smart home’, ‘smart car’, ‘smart cities’ dan banyak lagi. Rajah 1 menujukkan 9 tonggak utama dalam Industri 4.0.

Rajah 1: 9 Tonggak Utama IR 4.0


Comments

Popular posts from this blog

Cabaran Revolusi Industry 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia

3 Teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)